Wednesday, January 04, 2006
Kisah dipetik dari kiriman seorang akh di saifulislam online
Ana ingin pohon pandangan ttg usaha ana dalam membangunkan lagi
dakwah Islamiyah di Kuala Lumpur.
Begini mulanya..
4 thn yg lepas ana mengajak beberapa sahabat utk mewujudkan group
dlm memperkembangkan lagi dakwah Islamiyah di KL. Ana telah membuat
beberapa kajian mengenai organisasi Islam bukan kerajaan yang lain.
Antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Sisters In Islam (SIS)
Pertubuhan Darul Islah Selangor (PERKID) (2002) dan beberapa NGO Islam
yang lain.
Ya.. usaha dakwah giat dijalankan badan² ini namun masih belum ada
yang tampil dengan agresif dan komprehensif atas sebab dasar kerajaan,
masyarakat berbilang kaum, dan polisi bebas beragama.
Atas dasar inilah ana dan beberapa sahabat (biarpun kin hanya
tinggal ana seorang atas sebab kerjaya masing²) memulakan langkah yang lebih
agresif dalam menyemarakkan usaha mencintai agama Islam.
Berikut adalah kisah pengalaman ana dalam usaha dakwah.
2001
Musim lumba haram makin menjadi2. Ana dan beberapa sahabat mengambil
langkah untuk ke sarang mereka bagi melihat dan mencari jawapan
untuk mengajak mereka ke jalan yang diredhai Allah..
Sekitar jam 11.30 mlm kami tiba di restoran tepi jalan pekan baru
Kepong ( kini jadi pekan baru cina Kepong). Menghampiri satu group 'mat
rempit' yang ada di restoran tersebut bersama belasan pelbagai jenis
motorsikal.
Untuk menghampiri mereka ana dan beberapa sahabat tidak menampilkan
imej biasa yg kami bawa ( berkopiah/serban, jubah). Hari itu kami
berpakaian seperti anak² muda biasa di KL. Berseluar jeans & t-shirt
lepas. Setelah duduk di meja berhampiran kami mendengar perbualan mereka.
Penuh dengan bahasa rojak. Ana menasihati para sahabat agar berhati²
dalam apa jua situasi yg bakal berlaku.
Lu, gua, aku, engkau, bohsia, antara kata² yang sering sasar dari
perbualan mereka. Ana mencari akal bagaimana hendak mula campur dalam
geng motor tersebut. Entah bagaimana, salah seorang daripada mereka
bertanya terus kepada ana.
"Eh brader..? Nak tanya sikit boleh? Lu ni dengan lu punya geng ni
nak set-up ke mlm ni? Gua tengok motor² lu orang berkilat je..
Amacamm??"
Balas ana "Berapa bet (pertaruhan) sebiji motor?". Dia jawab " 250
je ( dua lima kosong je) Malam ni dah ada dekat 30 biji. Kita buat
lima-lima. Amacam, ada duit tak..?" ..kepala satu ( juara ) tiap bet,
dapat RM500.00 & (bersambungan dengan nada rendah suara) 2 ayam panas
malam ni.."
Darah ana menggelegak dengar kata² mat rempit tu. " Gua setter.. gua
tak race.. cuma tiap² group bet.. gua dpt percent sikit la.. Haa.. tu
ayam panass.. Whoii.. Sini laa!! sambil memanggil beberapa gadis (
kalau tak silap ana lebih 10 orang..)
"Sori la bebanyak brader.. gua baru tanya je lu dah complete cerita
bet.. Sori yek.." jawab ana. "Gua ingat lu nak set-uuup.. Motor kilat
jer.. HaHaHa" sambil ketawa. " Gua Rem, kepala set-up kat sini, kalau
nak set-up cari gua la, okey..? Kurang 2 biji motor je lagi malam ni.
Ana terus ke meja yang diduduki oleh lebih kurang 10 orang anak
muda, sebab dah terlanjur berbual dengan Rem. Terus ana bersalam dengan
dia. Tetiba tangan dia menyambar dengan gaya lain. " Macam ni la greet
kitaorang.." kata Rem lagi.
Ana cuma mampu tersengih pahit.. Dalam masa tu ana perkenalkan diri
ana dan sahabat yg lain.. tak sempat panjang berbual, 2 unit motor RXZ
tiba di kawasan kami duduk.
Kedua² empunya motor menyatakan ingin turut serta membakar jalan
malam itu. Bayaran dihulurkan. Ana dan para sahabat bulat mata memandang
duit yang diikat bulat dengan getah gelang. Bayangkan RM 250 x 30 = RM
7,500 diikat begitu sahaja..
Mlm ni kita start dari Sg Buloh ke Ampang. Finish kat sini. O.k..!!
O.k!!
Ana tanya kedudukan juara, berapa collection semalam. Balas Rem "
Champion tiap round dpt RM1 ribu. Mlm ni ada 6 round. So RM6 ribu dah
settle. Gua dapat bersih RM900 mlm ni lepas bagi kat ayam² tu RM50 satu
kepala.( RM50 x 12= RM600).
Tak tahu nak kata apa bila dengar jawab Rem. Marah, marah dan marah
yang amat sangat!!
Mereka minum sementara menunggu untuk ke tapak permulaan lumba haram
tu. Para sahabat ada yang bertanya.. "Sheikh.. Mcmana nak dakwah
niihh..??"
Entah mana datang keberanian dalam diri untuk bermula bicara..
Emm, brader Rem.. Lu dah lama ke dlm bidang ni..? "5 tahun.." jawab
Rem. Ana sambung lagi kepada salah seorang pemuda yang bakal berlumba
malam tu. "Brader, lu tak takut ke masa race laju² tu.. " Apa nak
takut.. 3 tahun pengalaman.. Jatuh² tu biasa la.."
Bicara ana lagi " Kalau gua la.. Gua takut yang amat sangat, bukan
apa.. Gua ni, sembahyang pun berterabur.. dengan mak ayah pun banyak
sangat derhakanya, mengucap ke, selawat ke, bertaubat pun gua tak faham²
lagi..
Katalah tengah² race tu.. gua accident.. Tak pun masa dah menang..
'Ayam' tengah peluk kuat kat belakang. Accident teruk sampai gua mati..!!
Hiisshh!! Tak dapat gua bayangkan azab gua kat dalam kubur nanti.!
Azab kat neraka lagi pediiihh..!! Hiish! Tak sanggup..Gua tak sanggup..
Nak mati pun kena sumpah dek orang lain sebab race haram, dah tu
libatkan orang lain. Entah² yang mati dengan kita tu baby kecik yang tak
paham apa² lagi..
Hiish.. Mintak maaf laaa banyak² brader² sekelian.. Gua teringat azab
Tuhan la time² mcm ni.. Maaf ye.. ana sudahkan ayat..
Semua diam dan tergamam. Mungkin sebab tak pernah dengar kawan²
sebut perkara² macam ni.. Salah seorang daripada mereka bersuara lemah
lepas ana berbicara..
"Rem.. Gua rasa tak sedap hati la nak set-up mlm ni.. Hee.. rasa lain
macam pulak. Gua tak jadi la nak set-up.. Bak balik duit gua..!!
Rem jawab.. "Apa la lu.. baru dengar dah terkincit..!! Relaks aa.."
"Hee.. Bukan apa gua pun terpikir gak apa kata brader ni! Dah la..!
bak sini duit gua, gua nak blah..!!
Dengan marah dan geram Rem campak satu ikatan kecil duit kepada
pemuda itu dan berkata.."Ooi.. jgn biar gua nampak muka lu lagi kat sini
lagi.. Kalau gua nampakk.. !!
Seterusnya 3-4 pemuda bangun dari duduk dan berkata perkara yang
hampir serupa iaitu menarik diri dari perlumbaan malam itu.. Dengan
keadaan kelam kabut Rem menyerahkan kembali duit pertaruhan.. tiada
perlumbaan pada mlm itu..
Tiba-tiba curahan air milo ais singgah di muka dan baju ana sambil
dipekik..
"Hoi brader..!! Kalau lu nak berkhutbah..! Pergi masjid la!! Apa hal
ceramah kat sini..!!
Para sahabat bingkas bangun dari duduk melihat ana sedemikian rupa,
lantas ana isyaratkan supaya mereka duduk kembali.
"Maaf bebanyak la brader.. gua buat lu susah malam ni. Gini la kwn²,
gua pun baru nak belajar sembahyang, taubat dan mengaji.. Kalau awak²
semua nak join bleh la call kami..
Ana dan para sahabat memberikan kad nama kepada mereka sambil
mengundurkan diri.. Setibanya di Gombak kami singgah minum di gerai yang
masih buka."Sheikh.. anta ok ke..? Nape anta diam je tadi..?
Ana jawab.. Memang bergentar jiwa ana tadi, rasa macam nak mengalir
air mata, tapi naluri tiba² beri nasihat supaya sabarr.. Takpelah ini
baru sikit Tuhan nak uji..
"Nasib tak di pukulnya kita ramai² tadi.. Syukur Alhamdulillah.."
Kami pulang ke rumah masing². Ana berdoa agar dikuatkan hati..
Keesokannya.. ana mendapat panggilan dari mereka yang ada di
pertemuan semalam. Antara panggilan berbunyi begini.. "Eerr,
Assalamu'alaikum, ini encik Azri yang err. jumpa brader Rem semalam tu ke..? Saya nak
belajar agama la encik. / saya nak tanya kelebihan tutup aurat / Nak
tanya kat mana boleh jumpa untuk belajar agama.. dan sebagainya..
Mereka disalurkan kepada organisasi seperti PERKIM, pusat tabligh dn
sebagainya ada juga disediakan tenaga pengajar dari kenalan ana untuk
mereka mendalami agama Islam..
Itu antara pengalaman ana.. Ana ingat sebab sahabat ada
mencatat..Banyak lagi pengalaman ana dalam usaha dakwah di tanah air. Ana anggap
kurang first line atau striker dalam usaha dakwah.. Hanya defend
sahaja yang sering kedengaran seperti pusat untuk membimbing remaja yang
telah terlanjur dan sebagainya. Mengapa difokuskan kepada mereka yang
telah dan bukannya akan rosak akhlaknya..
Jabatan agama ditubuhkan tetapi diwaktu yang sama. kelab malam,
kedai judi, kedai arak, lumba kuda diberi lesen untuk menjalankan aktiviti
mereka. Pihak jabatan agama agak kaku untuk menjawab persoalan ini.
Tahun 2004.. lima daripada mereka (mat rempit dan minah rempit)
menunaikan ibadah haji.. Ana masih ingat kata-kata daripada salah seorang
daripada mereka "..kalau kita tak jumpa dulu, ana takkan jadi ke tanah
suci hari ini.."
Hari ini ana baru memulakan perniagaan syarikat MiM (Menjana Insan
Murni) bagi menjana usaha dakwah di tanah air. Kebiasaannya dakwah
terganggu kerana ketiadaan financial yang baik..
Produk yang dikeluarkan adalah Jus Kurma As Sunnah ( satu usaha
memartabatkan makanan sunnah / kurma/madu/zaitun/zam-zam). Atas tujuan
dakwah juga MiM mengeluarkan t-shirt dengan kata-kata dakwah di
belakangnya juga stiker kereta..
Hasil daripada ditujukan kepada jalan dakwah dan pembangunan
insaniah juga membantu ekonomi mereka yang memerlukan.. Ana ingin berkongsi
dengan rakan² lain yang menghargai perjuangan demi Islam..
Jadi ana wujudkan ekonomi dahulu untuk berhadapan dengan medan²
sebegini. Ana ingin berkongsi dengan rakan² lain yang menghargai
perjuangan demi Islam..
Apa pandangan para sahabat sekalian ..?
Maaf, jika panjang sangat coretan ana..
~~*posted on*~~ Wednesday, January 04, 2006