Tuesday, June 13, 2006
Bercerita pasal jeling menjeling dan bercakap kasar, teringat saya zaman awal2 kemasukan ke sebuah sekolah berasrama penuh di perak. Di situlah bermulanya sejarah saya mengenal perangai2 perempuan yang bermacam2 aneka warna dan aroma. Di situlah saya mula2 melihat bagaimana perempuan 'bermuamalah' sesama sendiri. hehh! Mula2 nya memang saya tak faham, kenapa lah setiap benda diorang ni nak marah. Masa tu saya belum lagi seorang yang grumpy. Setiap perkara pada saya adalah positive. Benda baru dianggap sebagai cabaran. Didikan ibubapa di rumah tak membesarkan saya sebagai seorang yang grumpy.
Suasana di asrama amat berlainan. Setiap kawan perempuan baru yang saya jumpa mesti ada peliknya (mesti saya juga dipandang pelik masa tu,mungkin dari satu segi heh heh heh). Soalan2 yang keluar dari mulut kita, walaupun ditanya dengan nada biasa mahupun sopan sekalipun, mesti dijawab dengan nada yang meninggi. Kalau berselisih pula, nak tak nak mesti mata tu mesti nak senget2 sikit (jeling la tu)walaupun kalau tak jeling tu, mata tak sakit,kepala tak pening, hati pon tak geram tak pasal2,tak rugi apa2 pun. Saya tak mengenerelisasikan perkara ini kepada semua, tapi,kebanyakannya. Yang peliknya, 'tarbiyah' dari kakak2 senior juga berupa bentuk perkara yang sama. Katanya, demi membentuk insan2 yang tabah dan tough dan sesuai dengan suasana dan kehidupan berasrama. ish ish ishhh mulia sungguh niat mereka tu. Mungkin juga tanpa saya sedari, saya adalah seorang yang menjengkelkan pada waktu itu. Tulah asyik di'belasah' orang. mungkin...mungkin
Sebagai seorang yang berada di tempat dan suasana baru, berjauhan pula dari keluarga buat pertama kalinya (tak dapat bayangkan betapa sakitrumahnya saya pada waktu tu) saya membina satu defense mechanism. Saya menjadi seorang yang sangat pendiam. Habis sudah sikit2 kemampuan yang ada untuk berhujah utk mempertahankan diri. Sekarang, saya sangat gementar untuk bercakap di khalayak. Kalau bercakap sekalipun dah jadi gagap. Saya juga mula belajar sesuatu. Ohh rupa2nya,kalau orang bercakap dengan kita, kita mestilah jangan menunjukkan minat untuk bercakap dengan orang tu balik. Kita jawablah dengan marah2 dan nada suara yang tinggi. Barulah orang tu tahu, kita pun pandai marah2 juga. Jawapan kita juga kalau boleh jangan menjawab soalan, biar orang tu tercari2 dan terpinga2 utkmencari jawapan yang sebenarnya.Maka bermulalah sejarah saya sebagai seorang yang kalau bercakap, bunyinya seperti kurang mendapat pendidikan (read:kurang ajar). Saya juga mengeraskan hati. Apa juga terjadi, jangan menangis. Jangan menangis! Itu defense mechanism. Hakikatnya, hati dan perasaan Allah sahaja yang mengerti. Sudahlah tekanan suasana baru, orang2 di sekeliling juga menekan sebegitu. Saya betul2 berserah kepada Allah pada waktu tu. Dia tahu, saya tak selayaknya diperlakukan sebegitu. Saya mengambil perkara itu sebagai tarbiyah dariNya.Mungkin Allah nak saya supaya jadi lebih kuat. Supaya tak mudah ngembeng (read:bahasa jawa =p) bila bertemu kerenah manusia.
Sunnatullah, apa yang pernah kita lalui akan kita lalui lagi kemudian hari.Allah telah menyediakan saya dengan ujian itu sewaktu zaman remaja (ewahh sekarang dah tak remaja dah) dan Allah akan jumpakan saya lagi dengan manusia2 yang serupa itu juga. Fizikalnya tampak berbeza, hakikatnya tetap sama. Ya, saya akan setabah dulu. Saya akan serahkan segala padaNya (minus the grumpiness =p) "kerana selepas kesulitan itu ada kesenangan. dan selepas kesulitan itu ada kesenangan"surah alam nasyrah"5,6. Allah ulang ayat yang sama tu dua kali, berturutan. (bukanlah mentafsir al quran di sini, saya bukan ulama') tapi, begitulah sunnahnya. Allah menyediakan kita dengan satu dugaan kecil untuk menyediakan kita dengan sesuatu yang seumpamanya yang mungkin lebih berat dan besar kemudian. (ayat ini juga selalu menjadi motivasi kepada saya apabila berdepan dengan masalah, bahawasanya masalah itu akan Allah susuli dengan kesenangan). Seseorang pernah berkata kepada saya yang sering keseorangan (saya takde coursemate melayu, from malaysia, so practically, saya selalu ke sana sini seorang diri) bahawa Allah sebenarnya sedang menyediakan saya untuk 'keseorangan' yang lebih besar di kemudian hari kelak. Saya cuba membalas, "tapi ini adalah sesuatu yang telah Allah sediakan saya dengannya sejak di bangku sekolah, kerana saya juga sering ke sana sini keseorangan semasa di sekolah". Katanya, itu untuk yang ini (kini, di universiti) dan yang ini adalah untuk kemudian. Memang nak menangis. (Mak, dont worry...i'll be the one who takes care of you and ayah coz i will be alone huhu)
Nampaknya saya mula keluar topik. Hurmm...peperiksaan saya masih ada lagi 3 kertas. Khamis ini kertas praktis pergigian (dental practice la haishh). Saya ada sikit2 tekanan, tapi alhamdulillah, takda lah tertekan sangat dengan musim peperiksaan ni. Allah bagi ketenangan alhamdulillah. Saya dah habis baca untuk praktis pergigian, tapi perlu buat kertas tahun2 lepas (past years'papers) dan perlu scan through beberapa perkara lagi. Mungkin boleh mula membaca anatomi kerana gap yang ada selepas kertas biokimia tak cukup untuk saya menghabiskan anatomi. Tapi saya masih ada masa memblog...mengapa ya
~~*posted on*~~ Tuesday, June 13, 2006