Wednesday, July 19, 2006
Alhamdulillah. Winter break dah pun nak berakhir. Kakak rabbit akan memulakan semester baru minggu depan. Dah lama kakak rabbit tak mengomel kat sini. Biarlah hari ni nak bebel sikit. Kalau rasa-rasa macama masa anda terbuang dengan tak berfaedah kat sini, kakak rabbit nasihatkan agar segera diklik cross kat right hand corner kat atas tu. Jangan salahkan kakak rabbit kat akhirat nanti kerana membuang masa anda.
Alhamdulillah. Kakak rabbit seronok sangat dengan pekerjaan melombong emas yang CEO kakak rabbit bagi sepanjang tahun ni, dengan kadar emas meningkat sepanjang winter break. Dalam sibuk melombong, kakak rabbit rupa2nya baru sedar, lombong emas yg CEO bagi kat sini adalah sebagai pusat training semata2. Kakak rabbit baru nampak bahawasanya apa sahaja pekerjaan memang memerlukan training. Ohhh alhamdulillah. dipermudahkan pulak kerja2 training itu. Bukan saja lombong emas melb yang kakak rabbit dapat, merata2 tempat ada. Kakak rabbit juga sedar, satu hari, CEO takkan bagi lombong emas semewah ini lagi. Bila dah masuk office sebenar (ohh ataukah lombong sebenar, mana2 istilah pon boleh lah)nanti, tak ada lagi lombong yang akan disediakan. Malahan kakak rabbit kena mencari lombong sendiri! Sebelum fikir jauh2 tu, baiklah kakak rabbit siapkan diri dulu dengan master betul2 skill dan teknik melombong ni. Kakak rabbit harap dapat kekal tabah dan teguh dalam perlombongan ini.
Kakak rabbit sebenarnya baru didedahkan dengan realiti sebenar perlombongan ni. Rupa2nya selama ini emas2 berkilauan menyilaukan mata kakak rabbit. Kilau2an itu juga yang mula2 menarik kakak rabbit ke lombong ini. Mula2 dapat kebahagiaan bergelumang emas. Kemudian pegawai2 CEO mendedahkan rahsia sebenar lombong ini. Mahukah kakak rabbit terus stay di industri ini? Bunyi kata2 pegawai2 tu memang menakutkan kakak rabbit. Mereka macam taknak je kakak rabbit kerja kat sini. Tapi kakak rabbit faham, bukan itu maksud pegawai2 tu. Tapi cemane pun, kakak rabbit masih sayangkan lombong ni. Dan seperti yang kakak rabbit pernah katakan pada seorang pegawai, kakak rabbit kerja lombong ni kerana CEO suruh. So, tak ada sebab nak kata taknak.
Tahun ini baru setengah tahun berlalu. ('baru' ke 'dah'? entahlah..mane2 lah)Kakak rabbit rasa ini tahun ujian bagi kakak rabbit. CEO bagi tarbiyah sangat banyak. Diri sendiri, family, program magis kakak rabbit. Program magis yang memang kakak rabbit rasa terganggu sebab kesibukan melombong, memang rupa2nya bermasalah. Ini tak boleh jadi. Magis ini pun wajib buat juga. CEO yang suruh! Kakak rabbit kena tingkatkan usaha memperelokkan magis2. Kata2 seorang pegawai tinggi, kalau perlukan 60% utk diri sendiri, 40% utk lombong emas, let be it. Sebab magis tanggungjawab juga. Kena pandai seimbangkan. Kalau agak2 magis nak jatuh dari neraca, kena cepat2 berlari angkat masuk neraca balik. About family...kakak rabbit tak boleh komen lebih2. Cuma teringat lagu in team (album tiada lagi kasih eyhh...ni yg thiqoh sket)
dunia ini hanya pinjaman, untuk menguji keimanan Hurmmm. Rumah, laptop ni, winter coat kakak rabbit yang hilang tuh, kucing kat rumah (popeye gemuk oh oh rindunya), mak, ayah, adik2, hatta diri kakak rabbit sendiri semuanya pinjaman dariNya. Macamana sayang pun kakak rabbit kat pinjaman2 ni,kakak rabbit kena bersedia dengan apa sahaja yang akan terjadi dengannya. Sebab apa saja pun terjadi dah ditentukanNya. Cuma nak uji kakak rabbit boleh tak terima. Macamana kakak rabbit nak terima, dengan rasa syukur padaNya sebab bagi peluang buat pahala atau dengan rebel di dalam dada. Kakak rabbit dah cukup besar. Dah cukup matang. Patut kakak rabbit tenang menerima ujian. Kakak rabbit patut jadi tempat kekuatan org lain. Apatah lagi kakak rabbit dah ada kefahaman hidup sekarang berbanding dulu. Alhamdulillah. KurniaanNya juga. Mula2 kakak rabbit tersadung dan jatuh juga. Tapi tak apalah. Bangun balik. Biar kakak rabbit menjadi orang paling rasional dalam situasi ini.
Kesibukan di melb buat kakak rabbit gembira sikit. Hurmm seronok hari tu dapat pegi Uni Kuda Laut. Dah lama nak jejak kotabaru. Ditunaikan juga, alhamdulillah. Seronok juga kawan2 dari kotabaru dtg cni. Rinduuunyaa nak jumpa lagi. Insyaallah panjang umur ya cik milo. Kalau tak di dunia, di syurga ye tak? Kawan2 kakak rabbit pun sungguh banyak perkembangannya. Tak sangka kawan baik kakak rabbit kat kolej dlu dah nak bergelar milik orang. Rasa susah nak percaya juga. Dia pun tak percaya. Bunyi buat persiapan macam nak buat kenduri apa aje. Rilek aje kakak rabbit tengok. hehe. Kakak rabbit doakan agar terus dipermudahkan. Moga baitulmuslim yang akan dibina berasaskan cinta kpdNya membawa ke jannah. Kalo bukan berasaskn cintaNya tuh, tak taulah nak doa nak dibawa ke mana. He he he (gelak tumbuh tanduk) kejinya! =p
~~*posted on*~~ Wednesday, July 19, 2006