Monday, September 04, 2006
Hari ni kakak rabbit jumpa patient. Untuk kali pertama. Jadi, entry ini akan berkisar dan berputar tentang kisah hidup seorang student gigi. First time kan...bagi can la, kesian. Atas permintaan hangat (??) untuk update, ya, kakak rabbit update la harini (cL bile pulak nak update). Memang memalukan jugak kalau ade blog (konon) tapi update 2-3 tahun sekali, tapi apa yang boleh dilakukan... Niat memang nak update selalu, banyak juga kisah2 menarik kakak rabbit di hospital, bukan semua orang ade pengalaman macamni kan, menarik untuk dikongsi. Tapi begitulah...mula semester, mula lah sibuk.
Okay. Harini jumpa patient. Kali pertama. Kakak rabbit nervous sejak hari ahad lagi. Tengahari tadi pun ada orang kata nampak macam restless. Nak buat macamana. Kakak rabbit pergi klinik aras 2 awal sikit, pukul 140. Patient sepatutnya datang pukul 2. Ada la masa untuk preparation, cari record, setup bay dan segala yang patut. Kanak2 coursemate kakak rabbit yg lain pun nervous semacam. He he. Jangan ingat kakak rabbit tak tau. Ade yang blush sampai merah2 muka. Mesti lepas2 ni semua orang nak tergelak bile ingat balik. Ala...patient je. Buat history taking dengan general exam je. Ape la yang besar sangat.
Bila bukak computer record, kakak rabbit kecewa sebab ada dentist aras 4 yang buat appointment dengan patient kakak rabbit tu pada hari ni jugak, pukul 330. Habis, mesti die taknak datang jumpa kakak rabbit...ke macamane? Bajet2 begitulah. Alhamdulillah, die datang juga. Alhamdulillahi katheera, Allah memang mudahkan semuanya. Pakcik tu nice habis. Membuatkan kakak rabbit tenang dengan cepat. (bagaimanakah rupa kakak rabbit tatkala kekalutan pun tak taulah. gelak kat org pandai) Masa history taking pakcik tu cerita segala-galanya. rancak sekali. Seolahnya dia dah lama tak jumpa orang untuk bercerita. Kakak rabbit layan ajela... seronok jugak sebab keadaan tak tensed. Bila bercakap tentang anti depressant yang dia ambil, pakcik tu pun cerita tentang perkahwinan dia yang hancur sebab isteri dia pegi macam tu aje wpun atas kesalahan kecil, dan menurutnya dia dah berusaha jadi good family man masa tu. Kakak rabbit sedih. I might not know how that feels, though i thought i did, but i surely know how bad was that. Banyak soalan questionnaire kakak rabbit kena tanya dia, tanya pasal apa sakit yang dia ada, dia cakap dia sangat sihat physically, tapi sakit inside. percaya ke tidak, kakak rabbit sangat sedih dengar dia cakap macam tu. Macam kesedihan yang memang ada dibongkar2 pula kat dentist chair itu. Kakak rabbit faham sangat kalau orang yang cakap banyak ni. Kakak rabbit reckons itu adalah natural reaction bagi orang yang tak dapat meluahkan kesedihan yang amat sangat. Ya. Kakak rabbit tahu sangat. Bukanlah saja2 nak selindung kesedihan itu, tapi ia jadi di luar garis kebolehkawalan. Salah satu mekanisma rawatan adalah dengan bercakap aaaaapa sahaja yang boleh dicakapkan. macam pakcik tadi. Syukur kita sebagai org yg percaya dengan rahmat Allah akan mencariNya bila jiwa kecewa kerana manusia. (isk bila kecewa je ke). dengan mengingati Allah lah jiwa menjadi tenang. Pakcik tu bercerita jugak, salah satu relief dia adalah sebab dia ada Tuhan, dan katanya die pun percaya Tuhan tu hanya satu juga "there's only one boss up there". Kesian nya dia(kesian lagi) sebab tak nampak kebenaran
susah juga kalau setiap patient pun kakak rabbit akan take personal macam ni. nak buat macamana, manusia ada perasaan. kakak rabbit pula senang sangat nak kesian dengan orang. teringat ayah kakak rabbit dulu2 selalu, kalau nampak orang gila kat tepi jalan (dulu ade sorang org gila popular kt tempat kitorang yg selalu dilihat mengutip dan meminta2 makanan) dia mesti kata "kalau korg dah besar nanti taknak jaga ayah, ayah akan jadi macam tu la". kakak rabbit paling tak suka kalau ayah kakak rabbit mula berkata2 begitu. sebab rasa nak meraung dan dan tu jugak. ingat kami sampai hati ke nak biar ayah, apetah lagi sampai jd macam tu...nauzubillah. moga Allah pelihara kakak rabbit dan adik2 agar sentiasa menjadi anak2 soleh-solehah yang takkan menyakiti ibubapa walau apa sekalipun keadaan mak dan ayah, jahat, baik kah mereka. Hanya Allah lah yang pelihara hati2 dan perbuatan kami.
Oh. cerita pakcik patient. overall, dia cooperative, suka sahaja kakak rabbit buat apa pun, nak palpate neck ke, nak main turun-naikkan kerusi ke "make yourself comfortable, dont make me comfortable". Pakcik...pakcik. Tapi kakak rabbit kena dismiss pakcik tu awal, so tak sempat habiskan semua procedure, insyaallah akan jumpa dia lagi minggu depan to finish everything. First experience was not perfect, kena tegur dengan demonstrator sebab tak tulis everything in the record, tapi alhamdulillah, sangat2 dpermudahkan. cant wait to start intra-oral next week. probing... he he he
~~*posted on*~~ Monday, September 04, 2006