Sunday, February 25, 2007
KR juga nak update dengan a new entry =)
Now that the reality has sunk in, it is hard to be accepted. Before, it felt like nothing was going to happen. And now, it feels like a whole lot of things have happened.
Kenapa KR perlu bersedih? Amazing what 2 years could do to an ukhuwwah. Maha Suci Allah yang mengikat hati-hati ini. Maha Suci Allah, hanya Dia sahajalah yang melakukan semua itu. Hatta kamu belanjakan seluruh isi muka bumi, kamu tidak akan dapat menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah jualah yang menyatukan hati-hati mereka (rephrased from 8:63).
Sedikit excerpt kisah Abu Bakr as Siddiq, khalifah kedua selepas Rasulullah. Betapa besar jasa beliau dalam meneruskan kesinambungan pemerintahan Rasulullah di negara islam pertama, Madinah. Abu Bakr memerangi dan menghapuskan golongan murtad (yang menjadi-jadi selepas kewafatan Rasulullah saw), terutama Musailamah al Kazzab si pendusta yang mengaku dirinya sebagai nabi. Muncul juga golongan yang beramai-ramai enggan membayar zakat kerana kononnya Rasul telah wafat to be paid zakah to. Dalam pandangan dan penilaian mungkin sebahagian besar daripada kita, what's so big kalau orang taknak bayar zakat? (mungkin sebab zaman sekarang pun memang berlambak orang macam tu). Tapi dari penilaian Abu Bakr, golongan ini hanya layak dihukum bunuh, so much to Umar's disagreement. (hey isnt that sooo contradictory to Umar's nature yang sikit-sikit main pancung aje?) Itulah dia Abu Bakr as Siddiq, dalam kelembutan, mata hatinya tetap tajam (with umpteen wisdom and meticulousness masyaallah) dalam menilai hakikat sesuatu. Hakikatnya, mereka yang taknak bayar zakat ni, masalahnya bukanlah di situ saja, tapi itu adalah satu indikasi terbesar kegoyahan keimanan terhadap islam dan kesetiaan kepada kekhalifahan. Besarnya jasa-jasa Abu Bakr dalam pemerintahannya 2 tahun itu, sedikit pun tidak terjejas dengan keadaan emosi beliau yang sangat-sangat parah kerana kehilangan rasulullah saw, rasul, kekasih dan sahabat karibnya. Malah ada riwayat yang mengatakan kemangkatan Abu Bakr adalah disebabkan sakit rindu yang tidak tertanggung terhadap Rasulullah. Allahua'lam. (if you can read between the lines)
Only that KR's companion isnt Rasulullah. Moralnya, masalah emosi tidak sepatutnya menjadi 'masalah' though sejarah telah berjaya membuktikan KR tidaklah begitu well-to-do dalam menangani emosi, terutama kisah kehilangan. Ada kehilangan yang mengambil masa bertahun to get over with. Kali ini, Allah lebih mengetahui akan berapa lama. It is not in KR nature untuk meminta sesuatu yang tidak praktikal apatah lagi demi kepentingan individu (yours truly). KR redhakan pemergian kerana tahu itulah yang terbaik untuknya, dan kerana tanah itu lebih memerlukannya. Memang benar, jika betul inginkan kebaikan buat seseorang yang disayangi itu, bukanlah dengan 'menyimpannya di sebelah' untuk kita sorang, tapi doakanlah kebaikan untuknya dunia dan akhirat. Kini ia lebih jelas kepada KR erti 'berjumpa di syurga' kerana hanya di situlah tempat bertemu yang terbaik, paling indah, dan inshaAllah buat selama-lamanya. Indahnya kehidupan di situ, duduk di adorned couches, diredupi tanpa burning heat atau freezing coldness, minum dari clear crystal goblets, bersembang sesama mereka tanpa ada bicara lagha. (pardon the rojak-ness).
InshaAllah, kerana realiti itu telah reda, KR mengerti ini mungkin muntalaq untuk KR lebih bermujahadah dengan segala kudrat yang ada, semoga lebih matang dalam dakwah (ohh its cruuucial), mungkin tiada lagi peristiwa bercurhat di tempat-tempat paling spontan dan pelik, namun itulah pukulan dari Allah bahawa tempat bergantung dan sumber kekuatan hanyalah dariNya. Ini jugalah gegaran dariNya bahawa dakwah ini bukan asbabnya manusia, tidak kira siapa pun di sekeliling kita, zatiyah dan mujahadahnya patut sama sahaja.
~Biar berlinangan air mata, ku takkan hentikannya~
~Doa KR, semoga amal kita sama-sama diterimaNya, semoga kita terus tsabat di jalanNya dan semoga Allah benar-benar menemukan kita di syurgaNya nanti kerana saat itu sentiasa dinanti. Jazakillah khair atas segalanya, segala tunjuk ajar, kerana mengenalkan KR kepada cinta sejati. Semoga segala kebaikan yang pernah dicurahkan menjadi amal di sisiNya inshaAllah. Tsabbit qulubana yaa Rabb~
Though some people might be exeggeratingly expressive, and some people might not, KR is quite sure that those un-expressive souls might have more things to say than this. We love you fillah
Lagu yang pernah di-dedicate kpd KR, ingin KR dedicate back. Sebuah Pertemuan
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
~~*posted on*~~ Sunday, February 25, 2007