Sunday, March 18, 2007
Sad and broken hearted KR (omiGod)
Hidup ini untuk apa? Untuk diri sendirikah? Milik siapa? Kamukah yang memberi nyawa pada jasad kamu? Atau kepunyaan Allah? Bukankah apa yang kamu nampak pada diri kamu itu hanyalah PINJAMAN? Selalu dengar bukan? Has it ever sunken down? Lihat pada tangan kamu sekarang. Kulit yang cantik halus dan bersih, jari-jemari yang comey yang kamu rasa lebih indah kalau dihiasi cincin berlian permata (urghhh my malay writing skills dah busuk). Kamu bangga dengan jari-jemari itu. Lihat ke dalam cermin pulak. Sukanya merenung mata, hidung, bibir kamu sendiri, kombinasi sempurna, apalagi kulitmu halus dan creamy. Kamu bangga dengan kecantikanmu. Realiti; apakah usaha kamu mencantikkan letak duduknya hidung, kedua matamu yang tidak begitu besar,tidak achingly sepet itu? Bukankah kamu DILAHIRKAN dengan rupa sebegitu? Sedarkah kamu Allah yang memberikan paras rupamu itu? Sedarkah kamu wajahmu itu milik Allah? Tanganmu, tubuhmu, DIRIMU milik Allah semata-mata? Kenapa begitu susah untuk hidup ini didedikasi kepada Allah? Tubuh yang Dia pinjamkan kepada kamu itu, wajarkah kegunannya pada jalan sesuka nafsumu?? Seorang sahabat meminjamkan bajunya kepada kamu, katanya baju itu gunanya pakai di badan. Kamu fikir, mungkin tidak, lebih seronok rasanya kalau pakai di kaki, jadilah skirt fesyen baru. Beranikah kamu? Apa nak jawab dengan sahabat itu nanti bila bajunya minta dipulangkan. Bagaimana nak terangkan stretch mark di sana sini, mungkin terkoyak kerana kamu sengaja tidak menggunakan baju itu dengan cara yang betul? Apa kamu nak jawab di depan Allah kelak bila Dia menyoal kembali, apa yang telah kamu buat dengan tangan kamu, matamu, kakimu, batang tubuhmu, hatimu, jiwamu, pemikiranmu? "
Saya suka nak lepak-lepak atas bean bag saya, di depan tv tonton Kuch-kuch Hota Hai itu. Sukahati sayalah" Beranikahh? Beranikah???!!
Tak ramai juga orang islam yang sedar,masanya juga milik Allah. Susah sangatkah nak gunakan masa itu untuk Allah? Untuk pergi ke majlis bacaan yasin dan tazkirah yang mungkin mengambil tempoh ~2jam, kamu rasa kamu sudah cukup berkorban. "
Okay la tu, dah banyak dah, sekarang masa untuk aku. Diri aku! Aku nak balik rumah, nak duduk depan laptop, update blog aku, bukak kawan-ster, tengok fotopages kawan-kawan aku kat UK, Ire, OZ, NZ, Russia, India, Zimbabwe, Burkina Faso... Masa aku sangat berharga okay!!" Bila sahabat-sahabat fisabi...(dot dot dot..tak tahulah, fill in the blank ikut kreativiti) kamu mengajak ke DFO Essendon sambil boleh berborak-borak, tonton wayang dan minum mocha ice blended Coffee Bean, kamu tak rasa pulak sahabat-sahabat itu mencuri masa kamu?? Apa kredit akhirat yang kawan-kawan kamu tu bagi sepanjang tempoh kamu berlepak-lepakan dan meng-vain-kan diri di DFO Essendon itu? "
perlukah bercakap pasal akhirat? aku sekarang hidup kat dunia tau" Hai,mengapa pulak, bukankah hidup kita ini menuju akhirat? 84:6. Bukankah akhirat itu sahaja yang membawa makna? Bukankah hidup di akhirat itu yang selama-lamanya?
There's one lesson for KR though. If you do something because of men, because you want people to see you, you sure is dissapointed. If you do something because of Allah, it doesnt matter what people say, nak tunjuk baik ke, struggle nak jadi baik ke, Allah knows what you do. Alhamdulillah kalau struggle nak jadi baik, kalau struggle nak ke neraka? Allahua'lam.
Inspired, though not dedicated to anyone in particular. Pardon the vulgarity.
~~*posted on*~~ Sunday, March 18, 2007