Sunday, April 22, 2007
~
Sapu away all the sawang while waiting for serimuka's top to harden~
Autumn break sudah berlalu, minggu pertama sekolah juga sudah berlalu. Phewwww terlalu banyak yang berlaku. KR baru sahaja melalui 2 test yang dengan jayanya dianggap 10% oleh KR yang rabbit itu. Sayang sekali, cubaan tersasar, pagi sebelum test Pharmaco dia mendapat tahu test itu bernilai sebanyak 40%. KR terpaksa membuat muka selamba. Apatah lagi, pagi itu die mempunyai kelas yang penuh sehingga test bermula pada tengahari. Oh...CDH seminar, kenapa perlu muncul pada saat2 sebegini. Selepas test KR menerima soalan2 tipikal dari rakan2 sekelas, dia lantas menjawab "oh saya berasa gembira meneka jawapan2 semasa test itu tadi." Geram jugak KR,kenapa soalan2 itu begitu susah...Tak baik tuduh KR tak belajar (tut tut tut..sebahagian besar zhon itu adalah dosa...) Kesalahan terletak kepada KR yang suka memakan megi (bukan Maggi tau) yang membawa kemusnahan neuron2 berguna untuk daya ingatan... (Mengapa degil sangat...salah satu muwasofat tau untuk meninggalkan makanan yang memudaratkan!!)
Baik..2 test berlalu, termasuk 1 presentation. Ini sungguh memakan masa KR demi preparation yang perlu dilakukan. Sedangkan presentation tak sampai 30minit aje. Tak ape, yang penting usaha tu. (ye...baik). Minggu yang diakhiri dengan Jumaat yang penuh, klinik 3jam di sebelah petangnya, diikuti dengan 'baby-sitting' (he he) di sebelah malam. Hoho. Sebaik habis baby-sitting KR terkorban di atas quilt fiza (mungkin nama sebenar) seperti sayur bak-choy yang dikukus. KR lega juga kerana hari seterusnya dicaj semula dengan aktiviti yang jarang sekali (tak pernah utk tahun ni?) diadakan. Oh alhamdulillah...KR boleh bernafas semula. Walaupun KR tak kurang syahidnya semasa mama-King memberi berpatah2 kata, aktiviti haiya alad-dockland ditemani double furqan (satu lagi di tangan masing2 =)) sangat memberi nafas baru. Sejuk angin pagi dengan hujan yang sekali sekala merintik, somehow memberi ruang tersendiri eksklusif dari dunia yang berputar sangat laju di sekeliling KR. Escape sekejap aje tapi sangat bermakna.Oh..KR sangat suka. KR sayang antunna!!!
Dan untuk self-declared daurah study weekend ini, KR tidak ingin memandang langsung kepada sebarang gigi. Mereka ini tiada kehidupankah? Bukan semua dalam dunia ini adalah tentang gigi. Syukurlah KR ada kehidupan yang lebih bermakna dan lebih besar skopnya. Memandang kepada kehidupan yang nanti akan kekal selama2nya... Dan KR berjaya melakukan aktiviti2 pembacaan yang lama KR tinggalkan lantaran faktor masa yang menghimpit (rindunye). Dan KR membaca dan baca dan baca. Ambil peluang puas2. Masa ini mungkin tidak akan datang lagi. Dan KR baca buku ini---> Obat Lemahnya Iman. (puas jugak kene bash) Nak dengar sikit? Here:
Fenomena lemah iman no5- Dada yang terasa sesak, prubahan perangai dan tabiat yang terbelenggu, sehingga
seakan2 marasakan beban berat menghimpitnya. Sehingga dia cepat mnjadi nervous dan gelisah kerana masalah
yg remeh sahaja, merasakan sumpeg(?) kerana tingkah laku orang yg disekitarnya., dan
kelapangan hati mnjadi sirna. Hadith Rasulullah: "Iman itu ialah kesabaran dan kelapngan hati".
Membaca satu terapi. Satu tempat melarikan diri. Satu alasan untuk bersendiri. Tiada sebab untuk membuka mulut yang selalu menyakiti orang. Tiada sebab untuk melakukan pergerakan yang mungkin mengundang dosa. Jadi alasan untuk tidak memikirkan perkara2 yg muncul dan timbul dengan rapid tanpa belas kasihan. Jadi alasan untuk terlupa perkara2 yang tidak mampu lagi di-settle-kan. Hanya ada buku dalam tangan untuk dijelajah semahunya. Tapi tak boleh buat selalu, kalau melarat, sapa pula nak laksanakan tanggujawab2 yang lain itu?
Kalau2 ada orang bertanya (ini untuk mnjawab pertanyaan anda cik MD/McD), trial dentures pakcik itu berjaya KR siapkan petang sebelum KR berjumpanya keesokan paginya. KR sangat bersyukur jugak sebab kadar masa yang diambil untuk trial dentures itu ditandatangan oleh lab technian adalah pantas (hurmmm...sejak bila mereka berlembut dgn KR ni?). KR masuk ke klinik keesokan harinya (dan pakcik itu moodnya cerah) namun mendapati segala macam benda adalah salah. Sehingga Dr Bowman mengeluarkan pernyataan "saya tidak tahu bagaimana awak dapat ini ditandatangan". KR manalah dapat melihat kesilapan itu sebelum masuk klinik. Tak ada pengalaman occay. Tak hairanlah trial dentures itu cepat sahaja mendapat pengesahan! Dan kini KR kene set-semula (re-setup). KR tidaklah kecewa. KR tahu je ini besar kemungkinan akan berlaku kerana KR tahu cubaan pertama takkan sempurna. Tak apa, KR akan re-setup, tapi minggu depanlah sebab KR dah penat sangat dengan pergigian minggu lepas hoho. "kadangkala anda akan sahaja sakit dengan ia" kata Sadika (sometimes u just get sick of it). KR gembira sahaja untuk re-setup. Pakcik garang juga tidak garang lagi. Dia sangat gembira bersembang2 dengan KR tentang apa sahaja di bawah matahari. Ada sesuatu yang manis, isterinya ada membakar kek buah-buahan untuk KR, tetapi pakcik itu terlupa membawanya. Kek itu telah pun siap dibungkus oleh makcik itu. Ohh... KR sangat terharu. Tahu tak makcik itu baru menjalani pembedahan tulang belakang 2-3minggu yang lalu dan sebenarnya masih lemah dan tak dapat berjalan sangat? Allah tetap akan memberi pahala kepada makcik dan pakcik itu inshaAllah
KR nak teruskan membaca sambil itu pengisian fizikal pun ada juga ^_^
~
oh it wont harden KR doesnt know what went wrong. Heaps of eggs and flour thrown in already. just scoop it out ajelah housemates~
~~*posted on*~~ Sunday, April 22, 2007