Sunday, June 03, 2007
Banyak sangat yang berputar-putar dalam kepala KR ni sebenarnya. banyak. sangat. Sampai tak termampu nak diekspresikan. Sampai ketika, macam nak burst pun ada. Macam ketika inilah hehe. Mungkin peperiksaan juga ada bahagian peranannya dalam kekacauan jiwa. Tapi tak signifikan sangat lah. Esok bermula perjuangan berbekal mata pena dan handpieces dan bur dan hatchets dan chisel...
hentikan kekarutan. Dan KR di sini mengemaskini blog... (berani?!)
KR lebih senang begini. Blog ini sudah dilimitasikan kemasukannya. Sebahagian besarnya kerana keengganan KR melihat kekarutan diulang ziarah. KR tahu ada orang yang ulang ziarahnya ke blog KR agak kerap. Mungkin setiap hari, mungkin lebih lagi. Siapa orangnya juga KR tahu. Itu bukanlah perkembangan yang sihat pada mata KR. Tempat ini tiada apa. KR tak mahu melabur skim dosa lagha. Tempat ini hanyalah hamburan perasaan peribadi. Juga apa yang terjadi sehari-hari.
Mungkinkah KR sudah kehilangan prinsipnya? Apa guna menyimpan sesuatu jika tahu tiada berguna? Satu, kerana KR itu perempuan yang perlu isi hatinya dicurahkan. Kadangkala suka aja orang mengetahui (ya perempuan kan suka perhatian), tapi
selalunya hanya kerna ingin satu diari.
Kalau begitu mengapa di laman worldwide ini?........... Dua, privatisasi nya kerana keperluannya untuk sebahagian sudut diri KR yang jauh (KR sangka) tersorok ini terus tidak terzahir di mata mereka. Mereka yang KR patut tunjuk qudwah dan uswah. Yang tidak perlu lihat kekurangan diri KR. Tak boleh! Mereka tak boleh tahu gelora jiwa kacau KR!
Semua manusia ada kelemahan, kenapa perlu hipokrit ya? ............. Kerana KR mahunya untuk membina manusia, membina masyarakat. Apa yang kurang pada KR biarlah di situ untuk KR mencorak dan membinasemula pada pace dan jarak masa yang KR perlukan, tanpa mereka menonton dan menilai. KR perlu pace dan masa itu. Apa yang sudah KR bina biarlah jadi pakaian dan backpack bekalan (yang ringan dan tak seberapa tu) KR untuk permusafiran KR di jalan yang sangat KR mahu lalui sampai hujungnya ini. Pace KR mungkin jauhnya ketinggalan dari mereka (mereka ini yang lain pula), KR tersadung batu, tersungkur, bersila sekejap menghisab diri, ambil masa untuk mengibas2 debu dan bangun semula menghayun kaki. Mungkin tak sama dengan mereka yang tak pernah jatuh, atau kalau jatuh pun tak peduli sakit di lutut tu untuk berdiri tegak semula...
Entah. KR cemburu pada mereka yang sentiasa tinggi zatiyah dan himmahnya. KR boleh terima kenyataan iman itu yazid wa yankus, tapi apa cerita kalau di baseline aja setiap masa? Apa cerita kalau hati dah tak sparkle mendengar makanan ruh? Apa cerita kalau dah tak ada nafsu berkejar2 menyelak helaian kalam Allah? Apa cerita kalau susah benar nak terlintas peringatan2 yang dah lama diasak dalam jiwa? Sungguh benar, benak terseksa. Rasakan penangannya kalau hati jauh dari Pencipta. Yang KR rasa juga, ingin berlari dekati padaNya, tapi tak sampai2. Lagi digapai lagi terkapai. Tiada kawalan. Mungkinkah KR tak cuba? Atau tak cukup mencuba? Tapi, dah KR sampaikan padaNya jeritan batin tu. KR tahu Dia dah dengar. KR tengah tungguh bantuan helikopter penyelamat ala2 nuri askar turun dari langit. Betulkan Hidayah, bila masanya iman melurut2 jatuh, kita akan rindu tikanya iman kita di atas sana. KR suka ingat masa KR kecik2 kat Melbourne ni. Yalah, masa tu semuanya soal hati. Sekarang ni pandai2 nak bela hati sendiri. Banyak sungguh makanan hati masa tu sampai dapat hepatomegaly (tak lawak). Pandai sungguh mereka mengasah2 hati, sampaikan dengar sepotong ayat saja mampu buat KR berjaga berfikir sepanjang malam, sampai azam untuk tadhiyyah mampu KR redah demi mengupas kulit2 jahiliyyah . Teringat bagaimana setiap kali KR dengar lagu Puteriku Sayang-Hijjaz bergelegak azam KR untuk terus mencari jalan Allah dan meninggalkan kehinaan yang telah lama KR sangka wangi. Terpedaya. Mana kekuatan itu sekarang yaa Maliki yau middin? Beri KR peluang sekali lagi. KR nak rasa kemanisan itu lagi. Minta tolong sangat. Kerana niat yang tak benar kah? Atau kemampuan otak KR dah merudum sebab semakin tua? Atau KR dah tepu? Semua di atas??
Minta tolong ya, kalau anda ingin mengatakan "wish saja buat apa KR, usahanya mana" KR ucap terima kasih in advance. Simpan saja niat untuk berkata2 itu ya. Terima kasih. KR rasa dah cukup kena latu, ketuk, gegar. Dah cukup jadi tontonan orang menghakimi dan menilai. Penat. Lunyai. Penat kerana memenuhi harapan manusia.
Ya, itu buktinya niat tidak benar kerana Allah. Memang penat kalau kayu ukur dilihat pada manusia. Memang susah kalau diri dibanding dengan manusia.
Mereka dengan kemampuan mereka, KR dengan kemampuan kamulah KR! Laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha. Tapi KR cemburu dengan panjangnya kaki mereka, kayanya mereka dengan masa, ikhlasnya perjuangan mereka, tingginya mujahadah mereka, karibnya mereka dengan tanggungjawab mereka, khusuknya mereka. KR??? Banyak benda dah Allah tarik privilege nya sebab dari perbuatan tangan KR sendiri. Mungkin ini salah satu sebabnya anak2 KR pun banyak masalah juga...udah emaknya polkadot (tak lawak lagi) .................
Bercakap pasal Malaysia. KR excited mula2. Teringat mak ayah, adik2, kucing2, kampungku yang permai, kuey teow kerang. Tertipu juga mula2. Terbabas juga niat. Alhamdulillah Dia masih sayang, bagi peluang KR betulkan sebelum terlambat. Taknak berehat2 jadi kentang kerusi. KR nak timba apa yang patut, sementara ada peluang sebentar di medan itu. Moga tak beku di mulut saja. Ini sebab semalam call rumah dan bercakap dengan Eshah lah. Kecewa dengan ketidakcerdikan orang2 di rumah. Terus terang. Bukan cerdik sampai boleh masuk uni. Bukan cerdik yang boleh berdebat2 berhujah tu. Bukan yang tu. Cerdik dalam melayari bahtera kehidupan. Hidup ni Allah bagi sekali je. Buatlah yang terbaik. Jangan merugikan diri sendiri! Si Iwan dengan komputer, games, movies, duduk dalam bilik tak keluar2. Sibuk dengan hal girlfriend baru yang tak tahulah dah couple ke, tengah berteka-teki ke, tengah mengejar ke tuh. Si Eshah pun sama je. Nak kahwin mak tak bagi. Panjang la lagi peluang bercouple nye. Yang kakak die tanak kahwin (lagi) mak dah bising2 nak cari calon, apa cerita. Mak? Ayah? Masih cerita sama. Rumah bukan lagi kondusif untuk mencari ketenangan. Inikah tanda2 hint2nya tanggungjawab yang menanti KR bila balik mesia nanti? Berat sangat tu. Macamana? Macamana nak balik rumah dengan gaya penampilan thiqah ni?
Esok exam prac conservative dentistry. Eh yeke. Slalunye panggil cons aje...tak sure la conservative ke constructive ke ape. Yang pasti kene buat filling lah. Kami semua yakin soalan mesio-occlusal-distal (MOD) amalgam restoration with cuspal reduction akan keluar. KR antara yakin dengan tidak. MOD tuh dah buat banyak kali. Tapi komen demonstrator selalunye same aje. Mesial prep and distal prep are too large. Lepas tu prep walls dont have undercuts. KR bertekad akan membuat proximal preps yang lebih kecik setelah membaca semula notes tahun lepas. Pastikan extension from occlusal. Pastikan guna pear shaped burs untuk dapatkan undercuts. Cuspal reduction tak tahulah nak risau ke tak. Yang pasti kene betul2 pastikan reduced. Amalgam filling, pastikan packing dengan pantas dan padat. Overfill! Carving KR dah semakin maju setelah mendapat personal tutorial dari Charlie. Alhamdulillah hehe. Tak perfect. Tapi looking good ^_^. Semoga tangan dilembutkan Allah esok untuk carve dengan betul. Masalah bile nak rebuild the reduced cusp aje. Aishh...cabaran terbesar. Selalunye cons prac exam tak hurdle, tapi tak sure pulak kali ni. Kalau hurdle confirm KR tak berada di sini harini =(. KR, Allah dan Prof Burrow je tahu betapa buroknya MOD KR untuk exam end of year tahun lepas. Patah semangat lepas balik exam tu. Heh dah lepas...abaikan. Okay, patut kembali menjawab soalan2 tahun lepas untuk Dental Practice 3 written exam.
Betul2 belajar tahu!!
~~*posted on*~~ Sunday, June 03, 2007