Saturday, September 08, 2007
Just discovered. Lirik ni sungguh menyentuh hati...
Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban
Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia
Kan?
Oh...65 Royal Pd tu sungguh menarik. Dan pada pandangan dan penilaian kacamata kami, inshaAllah pertimbangannya neraca langit, sangat-sangat strategik. Ya Allah, kalau itu yang terbaik untuk kami, permudahkanlah. Takut menaruh harapan tinggi-tinggi. Kalau jatuh sakit..hehe. Masalah dengan KR. Sebab takut, cita-cita tak letak tinggi, jadilah usahanya ala kadar saja. Ada satu cerita...malaslah..nanti kontroversi
Ramadhan kurang seminggu sahaja lagi. Kalau masih belum berperasaan terhadap Ramadhan, masih belum terlambat untuk memupuk dan menyuburkan perasaan itu. Semoga kita tak tertipu macam dulu-dulu, besar sangat rahmat Ramadhan ni yang kite terlepas macam tu saja. Yang dok ingat raya, baju nak warna apa, cukup ayukah aku pagi raya nanti, kuih apa nak buat supaya dapat title 'anak dara yang cun lagi pandai buat kuih'. Haishh... Mulakan dengan kecintaan terhadapnya, kecintaan untuk menambah kualiti dan kuantiti ibadah kita, panjatkan doa moga Allah mudahkan. Kalau orang yang dok menaip ni dok sembang saja, luku kepala dia tau. KR percaya, dengan cinta segalanya akan mudah meluncur laju. Macam kalau kita tak cinta pada Rasulullah, mesti susah sangat untuk cari sebab nak amal sunnah-sunnah dia. Tapi sebab dah kenal sapa manusia agung tu, apa pengorbanan mulia dia, harumnya seerah baginda, dan dah terjatuh cinta (inshaAllah), terus ada sebab mengapa kita nak ikut apa yang Rasulullah buat dulu. hurmmm...
Kalau KR ada sesuatu yang dia malu, mesti asek dok terbayang sebab malu sangat, sampai dia cerita kat orang, dan orang tau dia malu, baru la lega sket. Isk isk isk (bukan ISK yang graf tu tau) malu sungguh dengan klinik hari jumaat (semalam). KR kalut sungguh, paling dahsyat masa nak ambil periapical radiograph patient. Bukannya tak pernah buat, PA dengan XCP instrument tu paling mudah dalam dunia. Tinggal nak align x-ray tube saja. Tengok-tengok kena panggil dengan demonstrator masa kalut terus nak masuk pi amek x-ray "aini aini aini aini aini!!!" kata encik demonstrator. Ya. Memang dia panggil banyak kali macam tu. Sebabnya instrument tu tak align betul-betul. Memalukan!! Budak dent 2nd yr pun confirm boleh buat dengan senang. Dah la film size besar, film edge was cutting into makcik patient's floor of mouth. Alhamdulillah makcik itu bukanlah tengah PMS. Dah la kalut nak align instrument, pehtu kalut nak lipat film bagi kecik, pehtu sebab tak muat jugak kalut kena lari pi cari PA film.
Masa nak buat local anaesthetic pulak, si pakcik demonstrator bagi arahan suruh numb up both upper and lower jaw on one side. KR tak pernah dengar pulak ada satu jab yang boleh numb both upper and lower skali!!?? Berapa jab nak kena bagi ni. Rupa-rupanya dia maksudkan RHS upper jaw sahaja. Yang tu tahulah, normal infiltration. Makcik patient pulak tak percaya KR sebab KR student. Takkan dia expect pakcik demonstrator bagi jab tu??? KR dengan penuh keyakinan terpaksa meyakinkan makcik tu yang KR dah buat banyak kali, jangan risau sangat. Al-kisah nurse terlupa amek topical anaesthetic, KR queen of kalut tu of course la tak ingat jugak!!! Terpaksa jab in jugak tanpa topical..oh makcik, maafkan diri ini. Pakcik demonstrator dah berdiri kat sebelah, takkan baru nak lari pi amek topical. Dan paling memalukan adalah ketidakstabilan tangan KR semasa mencucuk makcik itu...oh tidak. Ketaq buleh ka??!! Mengapa tangan ini perlu kurang glucose pada saat-saat genting? Kerana itu juga KR tak dapat push the injection dengan slow and steady, maka makcik tu yang memang nervous pun terpaksa tersakit. KR malu dengan pakcik demonstrator itu. Paling malu sekali. Mesti dia dah tahu semua kelemahan KR. Kerana KR adalah seorang yang tak suka gagal dan ketinggalan di belakang, kegagalan untuk menjadi competent di dalam klinik adalah sesuatu yang paling tidak disukai. Wajib belajar bertenang, buat satu demi satu, biar lambat sikit asal tak buat salah. (tenang macam steven kat bay sebelah tu ke? heh he hehhhh). Perlu mengingatkan diri bahawa klinik bukanlah dapur di mana kita boleh menumis sambil basuh pinggan dan run the washing machine all in one go. Yes perlu ingat!!
Ada sapa-sapa yang berani nak jadi patient KR lepas ni? huehuehuehue
~~*posted on*~~ Saturday, September 08, 2007