Wednesday, September 19, 2007
Ramadhan dah masuk hari ke-7! Dah seminggu dah..senyap senyap je. Tak sedar langsung masa cepat betul berlalu. Beberapa hari je lagi habis la 1/3 ramadhan.... Jom muhasabah amal jom. Cemane cik KR?? Hangat2 taik ayam ke cemane? Bagus jugak kalau ade orang yg boleh constantly ingatkan diri ni..aishh... Teringat kata Sayyid Qutb dalam tafsir surah an nazi'at tentang ayat siang dan malam.... manusia ni selalu je amek ringan keajaiban Allah ni sampai tak sedar pon hari berganti-ganti. Betul ape. Beruntunglah orang yang setiap hari muhasabah diri, fikirkan umur yang makin singkat dan amal yang seiring atau tak dengan umur tu. Uit bukan seiring sama2 menjadi singkat pulak tau
Nak berkongsi syuur ramadhan sejak hari pertama lagi sebenarnya.Tapi sentiasa ada sesuatu yang lebih baik dilakukan selain menulis blog.... Busy sangat. Zup sana zupp sini...harini dah masuk seminggu. Alhamdulillah... Allah masih pemurah untuk memberikan syuur ramadhan ini sekali lagi tahun ni. Tahun lepas ada ukht tanya, timbul tak perasaan tenang dan damai tu masa ramadhan. Hurmm tahun ni lebih-lebih damai alhamdulillah. Hari pertama tu KR tengah jalan ke hospital, terasakan dunia pantas bergerak di sekelilingnya chewah. Tapi disebalik kekalutan itu KR dapat merasakan lembut kehangatan pancaran matahari menyimbah ke mukanya, seolah-olah hari itu berteriak dan Allah sedang menyampaikan kata-kata kasihNya "hari ini dah masuk ramadhan. bulan mulia, hari mulia. pintu-pintu syurga dibuka, rahmat Allah meliputi seluruh alam, syaitan dibelenggu, bulan di mana rezeki melimpah ruah, amalan sunat diberi ganjaran amalan fardhu, dan amalan fardhu ganjarannya 70x. rebutlah peluang ini wahai orang-orang beriman, berlumba-lumbalah kamu ke arah Tuhanmu"
Kesihatan alhamdulillah jugak, so far so good. Oh rupa-rupanya KR mesti mewajibkan diri untuk minum air manis semasa berbuka...kalo tak lembik macam apa, rasa macam nak tido aja. Isk.bahaya. Eat well, drink plenty of water! Teringat nikmat kesihatan ni, wajib disyukuri. Cemane kalau satu hari nanti, tahun depan ke tetibe dapat sakit lutut ke ape ke (sebab dah tua kan, tahun depan dh masuk 24 inshaAllah) and pehtu tokleh rancak bejalan ke frank tate macam sekarang, mesti masa tu baru teringat kemanisan kesihatan yang Allah bagi sekarang.. Oh..mase tu aku boleh solat dengan senang... Imam baca satu juzuk pon takde rase nak pitam...bila nikmat dah kena tarik baru nak besyukur ke. Meh la puji Allah sekarang, dan semoga dia terus meringankan kita untuk menambah amal, wabadanan hayyanan layyanan bit to'atik ameen.
Harapan semoga kita semua istiqamah, sampai ramadhan2 tahun depan2, dan alangkah manisnya jika syuur ramadhan ini dapat di
hayati oleh semua orang-orang di sekeliling KR, orang-orang yg KR sayang, kawan-kawan KR, semua umat islam, andai mereka sedar special nya ramadhan ni. SPECIAL sangat. tak boleh biasa-biasa macam hari-hari biasa di luar ramadhan.
Kumengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, andai ini yang terakhir, jadikanlah ia yang terbaik. ameen
~~*posted on*~~ Wednesday, September 19, 2007