Saturday, October 13, 2007
Eid is here. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih sudi mengurniakan nikmat merasai kemenangan 1 Syawal. Kami hanya bertakbir ala kadar, kurang 10 orang pun di tempat KR bertakbir. Tak ada suara-suara merdu dan mendayu macam dalam TV. Tapi ruhnya hadir. Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah jua yang memudahkan segala urusan sepanjang bulan mulia yang baru berlalu itu. Jika dihitung, memang sebenarnya dipermudahkan. Bak kata Zuwariah, cuaca sangat baik kepada kita. (the weather has been so kind). Ya, itu baru satu aspek. Dalam semua perkara lain, kalau bukan Allah yang memberi kekuatan dan kemudahan, jadi ke kita nak buat semua nya?
KR personally gembira dengan Ramadhan 1428H ini. Bukanlah yang terbaik, tidak juga dapat menandingi rakan-rakan, akhawat yang lain di sini. Bukanlah berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan. Terbabas tu tak dapat dielak juga. Di mata orang lain juga mesti KR kena kutuk sebab sebenarnya banyak saja kekurangannya (ooops ter su'u zhon pulak). Tapi ada beberapa perkara yang tak perlu disebut di sini yang KR rasa bahagia kerana Allah permudahkan KR mencapainya. Bagaimana dapat KR berterima kasih padaNya. Moga disampaikan kepada Ramadhan 1429, agar dapat kita buat yang lebih baik
Segala puji bagi Allah yang melapangkan, seluas-luasnya pada pagi 1 Syawal. KR ingin kembali kepada fitrah, macam bayi yang baru melungsur keluar melihat dunia. Bersih. Harap dapat disucikan dosa dari jemari kita yang bersalam-salaman. KR tiada apa-apa against sesiapa. Harap begitu juga sebaliknya. Jika ada yang tersilap tersalah faham tu, anggap macam batu dalam nasi saja ya? Mungkin senang bagi KR melafazkan, kerana KR jarang terjejas dengan manusia lain. Terkilan biasa, terjejas tidak. Tapi bagi manusia lain yang sentiasa menahan telinga, mata dan hati gara-gara KR, oh bagaimanakah nak KR jelaskan. Ketahuilah apa yang keluar dari mulut KR tu, adalah setakat itu sahaja; tiada pernah ada maksud lain di sebaliknya; tak kira tersirat tersurat atau ter-email. Ketahuilah apa yang tersasul itu tiada pernah ada niat menghina atau menjatuhkan, melainkan gurauan yang tak terdidik. Ketahuilah dalam hati KR tidak ada prasangka-prasangka yang dilayan. KR happy sahaja dengan semua, dengan apa saja situasi, kerana untuk KR mengharapkan manusia lain memahami kekurangan diri, KR harus dulu menerima kekurangan orang lain. Juga kerana KR tahu tiada sesiapa yang disekat jalannya untuk berlari menuju Allah. Jalan terbuka luas, terpulang pada diri bagaimana dimanfaatkan
Segala puji bagi Allah juga yang melapangkan KR dari ketergantungan terhadap manusia, dan meletak keyakinan bahawa Dia lah perawat hati ini. Sungguh membelai kata-kataNya -
93:3 Your Lord has not taken leave nor has He detested you
93:4 And the hereafter is better for you than the first life
93:5 And your Lord is going to give you, and you will be satisfied
93:6 Did He not find you orphan and give you refuge
93:7 and He found you lost and guided you
Maka sungguh benarlah kata-kata Allah yang Maha Besar! Bila Dia menguji KR dengan keterhirisan, dan datang seorang ukht yang mengkhabarkan, dengan ucapan-ucapan yang tanpa disedarinya, sedang memujuk. Dan di situ lah perasaannya, Tuhan kamu memang tidak pernah meninggalkan. Moga ditetapkan kita dalam belaian kasihNya.
Eid mubarak! Taqabbalallahu minna wa minkum
~~*posted on*~~ Saturday, October 13, 2007