Wednesday, September 24, 2008
25th day
Sejauh mana mendapat rahmat? Sejauh mana dah mintak dan dapat keampunan? Sejauh mana pula dosa diulang buat, seolah-olah tiada malu dengan Allah?
Sejauh mana agaknya jarak dengan neraka?
Sejauh mana puasa membuahkan taqwa? Sejauh mana azam dan keinginan yang awal-awal berkobar menjadi tolakan sampai hari ke-30?
Atau adakah sudah terbukti yang nafsu sendiri adalah dalangnya selama ini, hingga syaitan mampu ketawa terbahak-bahak di hari pembebasan mereka tidak lama lagi kerana bukan kerja keras yang mereka perlukan selama ini untuk menumbangkan manusia ini.
Memang sungguh, Allah tidak akan mengubah kamu jika kamu tidak berusaha untuk mengubah diri sendiri. Ya Allah, jika benar ada usaha, bantulah hambamu yang lemah ini. Kau yang sedang mendengar, Kau yang sedang memerhatikan, Kau yang Maha Melaksanakan....
~~*posted on*~~ Wednesday, September 24, 2008