Kemenangan Kita di Gaza (copied from Ustaz Halim's www.inijalanku.wordpress.com)
Allahu Akbar !!! Walillahil Hamd !!! “Sungguh Aku akan memenangkan Aku dan rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Quran). “Dan tidaklah kemenangan itu melainkan dari sisi Allah, Maha Perkasa, Maha Bijaksana” (Al-Quran). Setelah 23 hari berperang, Allah swt menghadiahkan kemenangan kepada umat Islam Palestin dalam bertarung dengan tentera Israel yang dilaknatNya melalui kata-kata Nabi Daud as dan Nabi Isa as. ribuan tahun dahulu. Mereka datang menyerang secara mengejut pada 27 Disember 2008 dan cabut kebelakang pada 19 Januari 2009, sehari sebelum Obama mengambil tampuk Presiden US dari Bush, Bapa Penjenayah Perang Abad 21. Seperti lagak pengecut semasa Perang Lubnan yang mereka lancarkan tahun 2 tahun lalu, kali ini mereka sekali lagi membunuh seramai mungkin orang-orang awam di dalam kediaman-kediaman mereka tanpa mengira kanak-kanak, wanita, orang tua dan awam, melalui tembakan bom dari udara, untuk menutup kekalahan yang bakal mereka hadapi nanti di medan tempur di darat.
“Mereka tidak akan dapat memudharatkan kamu melainkan aza (sedikit sebanyak kesakitan, pembunuhan dll). Sekiranya mereka memerangi kamu, nescaya mereka akan cabut lari ke belakang, kemudian mereka tidak akan dimenangkan” (Al-Quran).
Walau didokong oleh persenjataan, bilangan, politik, media dan geografi, namun Israel kalah juga akhirnya walau cuba ditutup oleh pihak media antarabangsa yang dikuasai mereka. Ini adalah kerana matlamat-matlamat mereka seperti berikut telah gagal dicapai :
Perang Gaza 2008 ini juga telah memberi kejayaan kepada umat Palestin khususnya, dan umat Islam amnya kerana :
Israel, Amerika, Eropah, Kuasa-kuasa Besar dan sebahagian pemimpin umat Islam merancang jahat terhadap Palestin, tetapi Allah swt juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
Kita berdoa dan berusaha semoga Gaza yang telah musnah infrastrukturnya akan segera dipulihkan, kehidupan akan kembali ke tahap normalnya secepat yang mungkin, pintu lintas Rafah yang ditutup Mesir akan segera dibuka dan Israel akan dilenyapkan dari peta dunia. Moga Allah merahmati para syuhadak Gaza, menerima mereka di SyurgaNya yang tertinggi, mencukupkan kehidupan para janda dan anak-anak yatim yang kehilangan tempat pergantungan dan kasih sayang. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.
Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com
BIRO (PARLIMEN) JALINAN TURKI - ISRAEL “TUTUP KEDAI”
Sekretariat Am Parlimen Turki mengumumkan bahawa tidak ada di sana Biro Jalinan Turki – Israel setelah semua ahli Parlimen yang menganggotainya menarik keanggotaan mereka sebagai tindakbalas dari kekejaman yang berlaku di Gaza. Ketua Hal Elwal Luar Parlimen, Murad Merkan berkata, “Pencerobohan Zionis yang terkini ini telah menusuk perit yang mendalam ke dalam hati-hati kami. Apa yang boleh saya sumbangkan adalah terhad. Penarikan ini ialah apa yang termampu saya lakukan kerana marah ke atas apa yang berlaku. Biro ini dianggotai sebilangan ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua negara. Ketua Parlimen Turki, Koksal Tubtan bertindak menderma darah untuk penduduk Gaza dan berkata bahawa negaranya akan menghantar bantuan perubatan ke Gaza.
Sumber : Ikhwan Online
Diterjemah oleh Ustaz Halim INIJALANKU