Mashallah winter semakin dan semakin indah!! Sampai kena tegur dengan akhawat sebab jalan sorang-sorang sambil tersengih. Sebenarnya akhawat tu ada unsur2 exeggerate juga =p.
SMM baru beberapa jam berakhir. Alhamdulillah ala kulli hal. Sungguh banyak tak terkata nikmat berada dalam majlis tu, considering expectation yang tak sampai tahap itu. Yang utama, kehadiran akhawat Adel yang merecaj kenangan dan ukhuwah =). Terasa lama sangat tak jejak bumi Adel, yang datang 70% tak dikenali. Contact yang tak sampai 10minit kot bersama ukhti gigi seperjuangan =p. Alhamdulillah terasa sikit diri ni tak keseorangan lagi. Contact 10min juga bersama ustazah, tapi kesannya kepada hati; mashallah =).
Overall, majlis SMM sendiri, nampaknya sangat positif. Tahniah ISMA kerana berjaya membawa mesej yang terang dan jelas lagi relevan. Buat mahasiswa/i yang hidup hatinya, tinggi semangat dan daya juangnya, sedar peranan diri sebagai wadah arus perubahan, tiada sebab untuk tidak bersama-sama ISMA membawa kebaikan kepada masyarakat dan negara yang kita cintai. "bukan mengejar pangkat dan harta, bukan mencari wang dan kekayaan, berjuanglah berkorbanlah". Inshallah moga Allah redha.
Kesimpulannya, sapa saja2 tak pergi SMM memang rugi (dah la makan free). Jangan terlepas lagi program seterusnya Malam Bersamamu Palestin yang menampilkan tokoh Aman Palestin, Prof Madya Dr Zainur Rashid. Yang ni lagila rugi tak pergi; masuk aja dah free, ilmu dan perkongsian pengalaman lagi, peluang buat pahala aja terbentang luas; mari sumbang sebanyak-banyak dalam lelongan hasil karya kreatif, sumbangan akan disalurkan kepada rakyat Palestin. RSVP di sini!!!