Sunguh indah. Winter penulis kali ini hanya dikonklusikan dalam 1 minggu sahaja. Tapi ia 1 minggu terindah. Umpamanya tidak ada beza dengan winter 3 bulan yang pernah dinikmati tahun-tahun sebelumnya. Benarlah, masa itu makhluk Allah. Panjang pendeknya sangat relatif.
Bermula dengan JMD, kami kembali menggegarkan Portsea Camp. Kalaulah peserta dapat nampak kekalutan di belakang tabir, debaran di hati ini kerna ketidaksediaan lantaran kesibukan hospital menghimpit sehingga sehari sebelum program bermula, dan kekalutan itu yang menggegar jantung yang kami tanggung bersama kurang sejam sebelum pengisian bermula =), tidur yang terkorban serta entah berapa banyak lagi yang tak perlu disenarai di sini.... Alhamdulillah, pengakhirannya sungguh manis. Malah sepanjangnya juga penuh kemanisan. Birunya luar biasa =) Tak dapat diungkap penghargaan, kasih dan sayang terhadap mereka yang sentiasa menggenggam erat tangan ini =). Kata-kata seorang ukhti fillah yang diceritakan oleh seorang yang lain; "mungkin ikhlas kita telah bertambah". Mungkin; alhamdulillah.
Tika ini mujahidah-mujahidah itu sedang bertarung di medan 5 hari dan hati ini sedang merindui. Semoga Allah mudahkan urusan. Manis. Kemanisan berkasih dan sayang, merindui, saling bahu membahu, mendoakan sedang dia tidak mengetahui. Kita mungkin tertanya-tanya inikah dia ukhuwah. Inikah dia kemanisan bersahabat di jalan Allah yang mereka gembar-gemburkan. Jangan lupa indahnya bukan terbatas pada materi keseronokan-keseronokan dunia. Malah dalam lagi makna keindahan itu apabila kita mampu berlapang dada dengan apa sahaja keadaan kondisinya sahabat fillah. Bahkan itu minima kelayakan untuk dipanggil ukhuwah. Semoga Allah terus sudi membajai mutiara ini dalam hati-hati kami yang bertaut kerana mencari redhaNya.
Hadiah lebih berharga; satu lagi hijab yang Dia buka, membawa kepada kecintaan yang makin membuak juga keyakinan yang kian meneguh atas jalanNya. Jua menjadi saksi potensi-potensi yang hanya menunggu masa untuk meledak. Terima kasih Allah kerana meletakkan diri antara sebahagian sejarah yang sedang ditulis ini. Apa akan jadi dengan Melbourne ke hadapan? Inshallah, inshallah makin teguh =). Yakin itu. Meminjam kata-kata Abdul Mutalib tatkala berhadapan Abrahah; sungguh agama ini ada Tuhan yang memeliharanya.
Terima kasih Allah atas hadiah paling manis untuk winter terakhir di bumi kangaroo =). Pasti akan rindu.